Wednesday, June 8, 2016

Abah..

Posted by yana_wee at 7:31 AM
Reactions: 
2 comments

Babah.. Kuat babah..
Umi anta abah g spital dalam keadaan abah masih boleh berjalan..
Walaupun tak sihat..
Kami taknak bawak abah balik dalam keadaan yang berbeza..

Tiap kali dapat panggilan dari hospital..
Setiap kali kami datang..nadi abah lemah..
Seperti tiada lagi peluang..
Dan tika kami bersama abah..
Umi berbisik syahadah..
Aku memegang tangan abah yang semakin sejuk..
Abah kembali stabil..
Abah cuba lawan sakit itu kan..
Abah..
Kami sayang sgt dengan abah..
Tapi andai itu takdir yang Allah tentukan..
Kami reda..
Dan aku akan sentiasa sedekahkan yasin
Pada abah..

Ya Allah..
Kuat sungguh ujian yg kau berikan pada kami sekeluarga..
Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini..

Kau berikan lah kami kekuatan untuk menghadapi ujian mu ini..

Dan kau berikanlah ayahku kekuatan untuk menghadapinya..
Hanya kau yang berkuasa menentukan segalanya..

Friday, May 13, 2016

bangun semula..

Posted by yana_wee at 10:24 PM
Reactions: 
0 comments
Hrmmm...rasanya hampir 2 tahun aku tak menaip disini.. Walaupun tak ade org yg membaca.. Tapi tempat nie jugak salah satu tempat untuk aku luahkan apa yg aku rasa.. Tapi dalam masa 2 thn.. Banyak yg berlaku dlm kehidupan aku.. Yg pasti aku sedang cuba bangun semula setelah aku terduduk di dalam kegelapan manusia yg rakus dengan duniawi.
 

dear dede... Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review